Pages

2011年12月11日 星期日

Mikropengajaran Matematik (Murid Tahun 1)

     





1 則留言:

  1. Saya telah menjalankan mikropengajaran yang bertajuk masa dan waktu yang mengandungi tujuh hari dalam mata pelajaran Matematik di kelas saya iaitu kelas 1A. Dalam kelas ini terdapat 18 orang murid. Tajuk yang saya ajar pada hari itu ialah Mari Kenal Hari. Saya mengajar nama hari dan menyalurkan didik hibur dalam kelas saya. Anggaran masa mikropengajaran ini dijalankan adalah selama 30 minit.

    KEKUATAN
    Kelebihan dan kekuatan yang dapat dikesan dalam menjalankan tugasan mikropengajaran ialah bahan bantu belajar yang cantik dan kemas. Dengan bahan bantu belajar iaitu kad imbasan suku kata, saya dapat menyampaikan konsep dengan lebih mudah, tepat dan cepat. Kad imbasan yang jelas menyebabkan murid-murid dapat mempelajari konsep itu dengan tepat, lebih minat dan menumpulkan perhatian semasa saya menyampaikan isi pelajaran. Bahan bantu mengajar yang menarik bukan sahaja boleh meningkatkan minat pelajar untuk terus menguasai sesuatu kemahiran berbahasa dan berinteraksi dengan lebih berkesan, maka ia juga dapat membentuk daya pemikiran, kreatif dan memperkukuhkan persepsi pelajar.
    Berkomunikasi secara bukan lisan dengan berkesan amat penting untuk memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan banyak aktiviti komunikasi di antara pelajar dengan guru serta pelajar dengan pelajar. Tanpa komunikasi yang berkesan objektif dan matlamat sesuatu pengajaran dan pembelajaran tidak mungkin dapat dicapai dengan sepenuhnya.
    Selain itu, kejelasan memberikan arahan juga merupakan kekuatan yang dikenalpasti dalam penyampaian pelajaran. Menggunakan bahasa dengan tepat dalam menjelaskan isi pelajaran.memainkan peranan dalam kefahaman murid. Arahan yang diberi oleh saya jelas dan ringkas, ini memudahkan murid faham dan dapat melakukan tugas yang diberi oleh saya dengan tepat dan betul. Komunikasi yang berkesan amat penting dalam pengajaran dan pembelajaran.
    KELEMAHAN
    Kelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti dalam pelaksanaan tugasan mikropengajaran ialah ketepatan mengikut masa yang ditetapkan. Ketepatan masa penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik dan lancar. Berdasarkan perbandingan rakaman dan rancangan pengajaran harian yang telah dibuat, didapati masa yang digunakan untuk menjalankan sesuatu langkah pengajaran tidak seiring. Hal ini disebabkan ingin cepatkan dan hal-hal lain yang menyebabkan masa kurang diambil untuk melakukan sesuatu langkah. Bagaimanapun, masa keseluruhan pengajaran terlalu singkat.

    LANGKAH MENGATASI
    Bagi meningkatkan kualiti pengajaran pada masa akan datang, saya akan cuba berjalan ke setiap sudut kelas bagi memantau dan melihat setiap aktiviti yang dilakukan oleh murid ketika menjalankan proses pembelajaran dan pengajaran. Kaedah ini membantu guru dalam mengawal murid di dalam kelas, sama ada mengawal tingkah laku murid, atau membantu ketidakfahaman murid terhadap pelajaran secara serta-merta.
    Suatu perkara yang perlu dibaiki lagi ialah kad imbasan alat bantu belajar mungkin kecil, murid yang duduk di belakang mungkin tidak dapat melihat dengan jelas. Saya akan menyediakan besar lagi supaya murid yang duduk di belakang dapat melihat dengan lebih jelas.

    回覆刪除