Pages

2011年12月4日 星期日

Makropengajaran Matematik (Murid Tahun 1) (38:35)



 

    
  




   
 
 








1 則留言:

  1. Saya telah menjalankan makropengajaran yang bertajuk masa dan waktu yang mengandungi dua belas bulan dalam mata pelajaran Matematik di kelas saya iaitu kelas 1A. Dalam kelas ini terdapat 18 orang murid. Terdapat seorang murid tidak hadir pada hari tersebut kerana demam, jadi murid yang terlibat adalah 17 orang. Tajuk yang saya ajar pada hari itu ialah Kenali Nama Bulan Setahun. Saya mengajar nama bulan dan menyalurkan didik hibur dalam kelas saya. Anggaran masa makropengajaran ini dijalankan adalah selama 30 minit. Proses pembelajaran dan pengajaran dapat dijalankan dengan lancar dan mencapai objektif pengajaran seperti saya rancangkan. Murid dapat menjalankan aktiviti dengan betul.

    KEKUATAN
    Saya menggunakan teknologi komputer sebagai alat bantu mengajar semasa saya mengajar di dalam kelas. Murid-murid saya berasa seronok semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Hasil pembelajaran yang difokuskan dalam topik ini dapat dapat dicapai dengan cara melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan untuk murid-murid saya. Mereka tidak pernah melakukan aktiviti seperti ini dan perkara yang baru ini telah berjaya memberangsangkan minat mereka untuk belajar. Murid-murid mengambil bahagian secara aktif semasa permainan kecil dijalankan.

    KELEMAHAN
    Dalam kelas ini terdapat beberapa orang murid yang tidak dapat membaca perkataan Bahasa Malaysia dengan lancar. Mereka tidak dapat membaca petikan yang saya berikan itu dengan lancar. Semasa bacaan petikan secara beramai-ramai, mereka agak ketinggalan dan terdapat murid yang langsung tidak mahu cuba untuk baca petikan itu.
    Semasa aktiviti permainan kecil, sekumpulan murid sebanyak 3 orang telah mengadakan sedikit perselisihan faham dan bergaduh. Mereka bergaduh kerana ingin menyiapkan sendiri tanpa bantuan rakan sebaya disebabkan biasa lembaran kerja sebelum ini disiapkan sendiri. Aktiviti itu terpaksa diteruskan seketika untuk menyelesaikan situasi ini. Murid yang dinasihati telah bekerjasama menyiapkan lembaran kerja bersama-sama.
    Didapati juga masa pengajaran dan pembelajaran saya telah lebih daripada tempoh masa yang saya rancangkan.

    LANGKAH MENGATASI
    Saya mencari masa untuk membimbing golongan murid ini supaya mereka dapat memperbaiki bacaaan dalam Bahasa Malaysia. Langkah mengatasi ini haruslah segera supaya mereka tidak akan ketinggalan dalam proses pengajaran dan pembelajaran pada masa akan datang. Selepas ini, saya akan membahagikan murid kepada beberapa kumpulan semasa sesi bacaan. Saya juga akan memberikan motivasi kepada murid yang lemah dalam bacaan dan menggalakkan mereka.
    Untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran saya, terdapat beberapa langkah mengatasi yang hendak dilakukan selepas saya menjalankan refleksi. Sapatutnya saya hendaklah mencuba sedaya upaya untuk merangsangkan minat pembelajaran murid-murid sepanjang pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Masa haruslah dipatuti supaya pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dalam masa yang ditetapkan dengan sentiasa memeriksa masa yang lalu.
    Komunikasi lisan saya hendaklah diserta dengan komunikasi bukan lisan seperti ukiran senyuman, ekspresi muka pergerakan tangan yang membantu memberi makna yang lebih jelas.

    回覆刪除